Showing posts with label Tema. Show all posts
Showing posts with label Tema. Show all posts

Friday, June 6, 2014

EPILOGUE ^^,

Assalamualaikum dan apa khabar semua. Semoga sihat belaka.

Post kali ini adalah yang terakhir ( mungkin). Pada kali ini aku ingin bercerita apa pengajaran yang aku dapat selama aku menulis blog ini.

Tak silap aku first-first post aku tulis adalah pasal aku sendiri. Yela, masa awal-awal kan. Kena la ada ice breaking sikit kan.hohoho

kedua, KEHILANGAN. Apa yang sudah kita semua tahu yang semua yang ada kat dunia ni takkan ada yang kekal selamanya. So, memang akan satu kehilangan yang sedih dan mungkin yang menggembirakan (ada ke --')

Thursday, June 5, 2014

BEDAH LAGU!!

Asslamualaikum. Buat ap tu??

Hari ni aku nak cakap pasal bedah lagu. Yela, semua orang pakat nak bedah-bedah bagai. Aku pun nak bedah gak, tapi bedah benda lain la. Bosan kot bedah buku.hahaha, Lagu pun banyak nak dibedah.heheh ^^

Nowadays aku bedah lagu EXO 'Overdose'. Lagu tu pasal lelaki yang ketagih dengan cinta perempuan tu sampai kan overdose.hahah. Yela kot. Aku ikut apa yang aku faham. Baik korang dengan sendiri la. Dance diorang pun gempak giler..

Next, aku nak cerita jugak lagu mat salih. HOHOHO. Lagu yang bagi aku motivasi. Banyak sebenarnya lagu motivasi sekarang tapi yang paling bagi aku motivasi adalah lagu Katy Perry 'Fireworks'!!. Lagu ni memang daebak!! Lagu ni mengisahkan bahawa semua orang tengok kita ni macam orang yang tak berguna dan di pandang rendah oleh masyarakat. Padahal, sebenarnya ada hidden talent yang semua orang tak tahu, just tunggu masa je nak tunjuk kat semua orang. Make em go aw aw aw~~~. Best sangat. Memang motivated betul.


Last sekali aku nak bercerita pasal lagu yang aku harap sangat husband aku akan nyanyi kan untuk aku.hehe. By John Legend 'All of Me'. Lagu ni mengisahkan yang lelaki ni sanggup menerima kekurangan wanita tersebut. Dan takkan pandang kat orang lain dah. Hanya wanita tu je his ending and beginning!!
Sangat sweet. Aku mesti berangan kalau dengar lagu ni. Memang sangat-sangat touching lirik dia. Dengar la ye. Mesti korang jatuh hati jugak dengan lagu ni melainkan korang takde perasaan..haha

Tu je la yang aku nak tunjuk.Takkan nak tulis semua kan. Jenuh nak menulisnya ha, and mesti korang pun jenuh nak membaca kan.hehhe. K, bai.


KOREAN!!

Anyong!!!! hehehe

Hari ni aku nak cerita yang aku mengajar jiran-jiran aku ni minat lagu korea. Hahahaha... Best apa lagu korea sebab lagu-lagu diorang make smile on my face. Hehehe. Kalau aku bad mood ke apa kan ,aku akan dengar lagu yang berentak laju. Dan bagi aku, lagu korean yang menepati citarasa aku.

Dan lagu yang paling latest aku tunjuk dekat jiran-jiran aku ni lagudari group BTS 'Boy In Love' dan 'One Day'.

Yang ni lagu boy in love



dan yang ni adalah one day.

Memang vice versa sangat 2 lagu ni. lagu Boy in love tu lagu  budak-budak gengster nak mengorat perempuan dan lagu one day tu pasal betapa dia mengharapkan satu hari je da cukup untuk bersama dengan girlfriend dia. Lagu one day ni memang bes sebab sangat sweeeeeeeetttt!!!! Memang aku tersenyum la dengar lagu ni. Dan aku berjaya hasut jiran-jiran aku dengan lagu-lagu ni..hohohoho

Diaorang pun dah jatuh cinta dengan kumpulan ni.hehehe. Mission Accomplished!!!!

k, bai..hahahha

BENGONG!!

As salam. Apa khabar? Harap semua sihat-sihat la ye.

Hari ni pada pukul 4.20 am aku nak cakap pasal perkataan yang biasa yang kita cakap kan.BENGONG. Jangan tipu la yang korang tak pernah sebut. Dulu aku just sebut 'Bengek' @ 'Senget'. Sebab bagi aku, tak proper la panggil orang macam tu. Macam akan memalukan dia.

Tapi lepas kat sini, aku rasakan yang perkataan tu dah jadi macam rutin biasa. Aku terkejut jugak. And aku menyesal sebab aku pun terikut dengan benda alah ni. Menyesal pulak aku. Tak salah nak menegur tapi jangalah kasar sangat. Maybe ada orang fikir tak kasar kan, tapi bagi aku kasar sangat.


Aku pernah terasa bila ada orang panggil aku Bengong sebab aku tak buat lagi assigment tu dan aku cakap yang aku nak tiru je, padahal bukan aku betul-betul nak tiru kan. And hamba ALLAH tu cakap aku bengong dengan mimik muka yang betul-betul ikhlas. Aku terasa kot. Aku ni memnag betul-betul bengong ke apa. huhuhuh (T,T)

Nak tegur tapi biarlah. Let by gone be by gone kan. Esok mesti tak dah.. Aku minta maaflah kalau aku ada terlepas cakap perkataan tu. So Sorry!!!! Tak berniat pun nak cakap macam tu.huhuhu.

Kla,, bai..huhuhuh

SUBWAY!!!

As salam semua.. tengah buat apa? Aku sekarang tengah lepak lagi dengan minah kelawar ni pada pukul 3.59 a.m..hahaha..Dia ni memang, kalau bukan pukul 4 memang dia tak tido lagi..

Okay, aku nak cakap yang malam ni aku and the gang tengah kebulur. Nak makan dekat mak teh macam bosan j..hak hak hak. So lepas fikir-fikir, nak pergi KFC la. Hahaha, Aku on je sebab bukan aku yang bawak kereta pun. Hoho, aku suke jadi Madam Besar je padahal tak pandai drive..hohohoho.

Kitaorang pun pergi la dekat Warta Bangi tu. Dengan perasaan yang excited nya, kitaorang pun masuklah. Siap pilih menu lagi, nak beli dinner @ bucket. Semua padahal nak berjimat lagi-lagi aku atas sebab yang tertentu. Aku bawak 10 hinggit je pun.hoho.. Tapi rasa macam ayam KFC tu dah macam nak habis, aku pun tanya cashier tu, 'Ada lagi tak ayam spicy?'. Dan jawapan dia, memang menyedihkan kitaorang yang tengah kelaparan. Ayam spicy dah habis. Baru pukul 9 kot. Takkan dah habis. KFC kehabisan ayam???? Wak der..hahaha

Sunday, June 1, 2014

LET IT GOOO~~~~

Anyong!! Sihat? heheh.. Semoga yang membaca ni berada dalam linungan ALLAH. In sya ALLAH.

Hari ni saya nak bercerita sedikit pasal 'LET IT GO' @ 'REDHA'.

Mungkin ada di antara kita ni ditimpa musibah seperti kehilangan sesuatu yang berharga kan. Same like me. Tapi aku tak nak bercerita apa yang aku hilang. Sedih kot. Let by gone be gone la.

Setiap kali aku ditimpa musibah, aku akan sedaya upaya husnodzon. Kita mestilah sentiasa berfikiran positif, sebab mesti masa kita hilang barang tu kita memang dah sedih gila kan. So, untuk tak memburukkan keadaan lagi, kita mesti positif supaya kita masih lagi berfikiran waras..huhuh

Kita mesti selalu dengar kan yang,  apa yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya kan. Maybe suatu hari ni aku akan dapat barang jauh lebih baik daripada apa yang aku hilang tu. Just cepat atau lambat je. Mungkin kalau bukan kat dunia, maybe kat akhirat nanti ALLAH akan tolong aku.

Mungkin juga selama ni aku selalu lupakan ALLAH, dan dengan cara ini aku dapat dekatkan diri aku kepada-NYA. ALLAH kan sayang akan hamba-hambanya. DIA takkan tinggalkan hambanya. Manusiakan, masa senang lupa kat ALLAH, and masa susah baru ingat kat DIA.

Seriusly aku bagitahu, yang aku memang dah redha gila-gila and sememangnya dada aku lapang sangat-sangat. Mungkin sometimes akan ambil masa sedikit untuk recover balik.Tapi aku berasa bahawa hamba ALLAH tersebut berhati kejam sebab bertopengkan pakaian yang sangat mulia bagi aku untuk melakukan perkara keji tu. Aku berharap supaya hamba ALLAH itu mendapat hidayah.


Tu je yang aku nak bagitahu. Apa yang berlaku semoga menjadi pengajaran kat aku and kita semua.. k, bai.

Friday, May 30, 2014

STUDY WEEK

Sekarang bermulalah study week. Masa ni la aku nak pulun semua subjek. Tu la.. masa senang dulu taknak belajar betul-betul.huhuh. Minta-minta aku dapat cover smue subjek. Amin!!

Study week juz seminggu je. Nama pun study WEEK, bukannya WEEKS. hehe. Masa ni memang tiada langsung kuliah melainkan ada lecterur nak buat kelas tambahan.

Sekarang ni fokus aku nak dapat DEKAN. Jelous kot tengok kawan- kawan aku semua dapat dekan. Takkan aku nak tengok je kan. Mestilah aku pun nak jadi dekan juga.

 Tapi kalau setakat dapat dekan tapi tak tahu nak bercakap pun tak boelh jugak kan. Sekarang ni semua orang pilih student yang petah bercakap.Kalau setakat degree and master tu, berlambak dah kat luar tu. Aku takut sangat kalau aku mengganggur..huhh

Aku pun nak jugak belanja family aku makan luar. Nak rasa juga makan gaji kan. Tapi aku ni jenis tak suka kalau ada orang suruh buat kerja ni. Maybe aku sesuai jadi bos kot..hahah

Aku memang suka buat bisnes tapi takde orang nak join aku.. Tu yang sedih nya. Takpelah. Doa banyak-banyak. Lambat laun ada nya rezeki aku kan.hehe k, Bai

HECTIC WEEK!!

ARGGGHHHH!!!!

Cuba korang bayangkan akan ada 2 program besar berlaku dalam minggu yang sama. Boleh jadi gila kan.
Ni la yang jadi kat aku. Pada minggu lepas, ada MAGIZ dan MPM!! Dinner untuk kolej dan dinner untuk fakulti. Untuk MAGIZ aku jadi unit dekorasi, Untuk MPM aku jadi ketua unit pendaftaran. Dahla dua-dua tu merupakan peranan yang sangat penting!!

Takpe la.. Aku berfikir secara positif. Aku dapat pengalaman dan kemahiran yang berbezakan. hehe.
Tapi memang sangat letih minggu tu. Sampai aku terpaksa skip kelas sebab terlewat bangun and tak larat nak bangun. Tengoklah betapa letihnya.
 Tapi nasib baik aku ada rakan-rakan aku yang sanggup memberi komitmen 200% terhadap program tu. Sayang korang ketat2!!!




Malam Penghargaan Mahasiswa.(MPM)

Selepas MAGIZ, aku join MPM pulak. Nampak tak kesibukan aku di situ. Kalu tak disebabkan HP, memang taklah aku nak membuzykan diri aku sudah sedia buzy ni kan..huhuu

Dinner ni untuk student tahun akhir jer. Aku adalah ketua unit pedaftaran. ku jadi awkward taw bila ada senior yang jadi orang bawah aku. huhuh. Yelah, takkan nak suruh diorang buat maccam - macam kan tiba-tiba keluar statement tak hormat senior pulaka. Bla bla la. Tapi ALHAMDULLILAH, senior yang bawah aku memang baik giler. Aku boleh dikatakan tak dapat bagi komitmen yang sepenuhnya sebab pada bulan yang sama jugak ada MAGIZ tu kan. Dahlah aku ni dekorasi kot..hehe

Sepanjang aku jaga kaunter pendaftaran depan lif tu, sepanjang 2 minggu aku jaga, dapat kira kot pelajar yang daftar kat situ. Adoy. Buang masa taw..hehe

Tapi nasib baik lah kan ada. Kalau takde, nati ada pulak yang kata unit pendaftaran tak buat kerja. Puk kepala tu kan. Bagi diorang rasa , ingat kitaorang ni tak buat kerja.

Ada satu hari tu, aku hangin betul. Ada ke sorang senior ni, tahun akhir la. Dia tanya aku. Kenapa tahun ni kena bayar RM20? Aku pun jawab la dengan jujurnya, saya hanya menurut perintah. Dia boleh pulak membebel kat aku. Adoy. Kitaorang buatkan dinner ni pun , mujur taw. Nama pun Majlis Penghargaan Mahasiswa. Taknak rasa dihargai ker??? Sori teremosi pulak.hoho

Masa malam kejadian tu, bes sangat. Bangi Golf Resort tu sangat cantik. Aku nak buat majlis perkahwinan aku kat situ la..haha. Cantik kot kalau ambil gambar perkahwinan kat situ. Amboi berangan. hehe

Aku nak tunjuk sikit gambar-gamabar sekitar malam tu (padahal gamabr aku j yang banyak) hahaha








Kan ..Banyak kan gamba aku..hehe. Tu je yang aku nak tunjuk. K, bai.. ^^,

Monday, May 26, 2014

Miracles in Cell No.7


Ada siapa-siapa yang pernah layan cerita ni? Sangat best. Sampai bercucuran air mata. Memang sedih gila. Sampaikan budak lelaki pun boleh nangis tau tengok cerita ni. Tak percaya sudah..huhuh.

Cerita ni mengisahkan seorang ayah yang kurang upaya yang terlalu sayangkan anak perempuannya. Tak silap, anaknya dalam lingkungan umur 7 tahun kot. Sangat comel.


Perhubungan sangat bahagia dan comel. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, tapi mereka sangat bahagia.

Cerita sedih bermula bila si ayah ingin membeli beg Sailor Moon untuk anak kesayangan dia. Mereka selalu berkunjung ke sebuah kedai ini untuk melihat beg itu. Pada suatu hari, beg yang terakhir sudah di beli oleh orang lain. Si ayah mengatakan bahawa beg tersebut adalah kepunyaan anaknya. Namun, si ayah ditampar oleh pembeli tersebut.

Sunday, May 25, 2014

GILA SELFIE

SELFIEEEE!!

Memang menjadi trend sekarang kan. Siapalah yang tak suka bergambar. Aku memang sangat suka bergambar. Nak jadikan memorikan. Kalau just setakat ingat dalam kepala, memang tak lah nak ingat semua kan. hehe.

Aku memang suka update instagram. Teramat suka. Tapi kenapa ada orang yang tak suka bergambar ek? tak faham aku.huhhu. Aku nak tunjuk sikit gambar selfie aku,hehe..boleh? hoho. Tak kira nak tunjuk jugak :p









Ni tak sampai suku pun.haha.

Ada satu hari tu, geng-geng aku sangat gila berselfie. Tak pernah aku rasa penat bergambar sampailah hari tu.haha, Sangat kelakar. Nak tunggu lecturer masuk,kitaorang pun apa lagi,








Gila kan kitaorang. Takpe. Gila-gila pu n, aku sayang korang ketat2. Tikah yang tak suka bergambar pun boleh amik gambar banyak-banyak hari itu. Nampak tak penangan selfie. So, korang? Bila lagi nak menggilakan. Kalu gila dengan kawan-kawan boleh. Jangan la gila sorang-sorang.haha. K, Bai

MAGIZZ II

Sambungan..


Pada malam kejadian, ramai sangat yang datang. Rasa bahagia sangat sebab ramai yang bergambar dekat photobooth kitaorang. hehe, Kitaorang pun bergambar sekali. Kami sediakan 4 photobooth.




Cantikkan? hehe.Ini semua dari titik peluh dekoras. Semua perempuan, memang tiada langsung lelaki yang tolong kitarang dalam siapkan photobooth. Nampak tak kat situ? Tak la, budak-budak lelaki semua nya jadi programmer. Hohoho.

Malam tu banyak sangat persembahan. Memang havoc. Masa pembukaan , ada tarian yang bertenaga. Lepas tu ada tarian india. Yang ni paling bes. Sampai aku pun nak menari. And the best part korean dance. Yang ni dari pelajar cina. Krew-krew dekorasi semua menari kat belakang.hhaha






 Lepas tu ada pulak persembahan daripada the one and only Hope Project. Duo ni memang terbaik.
Banyak sangat diorang menyanyi sampai aku pun tak ingat. Dan akhir sekali kitaorang pun ada drama. Tahu tak siapa yang jadi watak utama???? YAP..hehe, memang terbaik dia punya lakonan.

 Memang the night to remember. Thans to crew-crew yang lain yang banyak tolong untuk menjayakan MAGIZ ke 14. Postmortem pun nasib baik tak lama sangat tapi banyak drama yang berlaku.hoho,.Dimklumkan bahawa kami dah berjaya melepasi MAGIZ tahun lepas. YAAYYYYY!!!.



MAGIZ!!


Semua orang tahu apa itu MAGIZ kan? heheh. Magiz tu adalah Dinner Kolej Pendeta Za'ba.Aku merupakan krew MAGIZ. Aku adalah unit dekorasi tapi aku bukan ketua. Unit dekorasi merupakan unit yang terpenting dalam mencantikkan sesuatu majlis.

Tema untuk MAGIZ kali ini adalah The Magical Of Pureness. Kitaorang nak buat ala-ala Frozen. Tema warna adalah biru dan putih. Nasib baik aku ini adalah krew, tak payah pening cari baju. Krew-krew just pakai baju t -shirt je. Jiran-jiran aku semua pening nak cari dress macammana. Hahaha, aku hanya dapat gelak je diorang susah hati pasal baju. Biasalah perempuan kan, mestilah nak cantik-cantik masa Dinner kan. Kalau lelaki senang je, aku rasalah. hohoho,

Monday, May 5, 2014

LOVE IS DELICIOUS!!!!

 WOW!!
Heheh, betul ke love is delicious? Hmm, aku dapat ilham tajuk ni dari sebuah lagu yang bertajuk Delicious.
Lagu nie mengisahkan 2 orang lelaki yang berebut 1 perempuan. Tapi apa yang aku nak ceritakan tak de kena mengena pun dengan kisah lagu ni.

 Sebenarnya aku nak bagitahu, yang sememangnya LOVE IS DELICIOUS. Best kan kalau kita disayangi. Aku rasa bahagia sangat apabila disayangi dan menyayangi. Tak rugi pun kalau kita beri kasih sayang kita kepada orang lain. Nanti bertambah bahagia.

Tuesday, April 22, 2014

MOVIE AVENGERS!!!


Apa khabar semua.? I hope that u guys have a very nice day.
Hari ini, aku ingin berkongsi satu cerita.
Cerita yang membuat aku jatuh hati dengan diaorang.


THE AVENGERS!!!!
Aku memang fanatik dengan cerita-cerita superhero macam ni. Aku begitu kagum dengan yang buat cerita macam ni. Memang DAEBAK!!!. Aku tak de word yang sesuai untuk luahkan betapa aku memang suka giler dengan cerita The Avengers ni.

Mesti korang dah tengok cerita ni kan. Meh nak tunjuk dia punya trailer sikit.hohoh

 Bes sangat- sangat kan. Aku dah khatam 4 kali kot tengok cerita ni. Tak pernah bosan. Yelaa. Perkara yang kita suka, mana pernah bosan kan.hehe.

Meh sini cheq nak habaq mai kat kome watak-watak yang ada dalam cerita ni.

Monday, April 21, 2014

MUSIC


SONG OF MY LIFE!!

Aku memang pencinta muzik.
Best sangat kalau dapat dengar muzik.

Tapi depends pada jenis macammana muzik tu.
Kalau aku stress, aku akan dengar lagu yang berancak laju, macam rap, hip hop dan sewaktu dengannya la..
heheh
 Dan aku akan dengar kuat-kuat dengan guna headphone Beat aku tu..
Memang release tension.

Kalau aku nak exercise, aku akan dengar lagu korea sebab lagu diorang bets sangat. Aku memang minat giler dengan lagu menari.
Aku exercise bukan dengan joging ke, pergi gim k. Maleh den!!
hahah
Aku just akan guna lagu korea tu and start to dance!!
Boleh dikataan semua lagu korea aku pandai menari.hohoh.
Aku ni memang copycat. Senag je nak mengikut kalau benda-benda macam tu.
Tapi sekarang ak da, sebab dah ketinggalan jauh. Yela, duduk dalam bilik je, mana ada tv kan.
Tak tahu la apa lagu yang latest ni.

Banyak kot benefit kalau dengar muzik ni,

MY EVERYTHING

CINTA PADA TUHAN

Tuhan,
Saat aku menyukai seseorg teman
Ingatlah aku bahawa akan add sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah berakhir

Tuhan,
Ketika aku merindui seorang kekasih
Rindula aku kpd yg rindu cinta sejati-Mu
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi

Tuhan,
Jika aku hendak mencintai seseorg
Temukan aku dgn yang mencintai-Mu

Tuhan,
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku pd-Mu

Tuhan,
Ketika aku ucap aku cinta padaMu
Biarlah ku katakan kpd yg hatinya tertaut pd-Mu
Agar aku tak jatuh dlm cinta yg bukan krn-Mu

Sebgmna org bijak berucap
Mencintai seseorg bukanlah apa-apa
Dicintai seseorg adalah sesuatu
Dicintai oleh org yg kau cintai sgtlah bererti
Tapi dicintai oleh Sang Pencipta adaah segalanya

Wednesday, April 2, 2014

SJE JER,,


Aku sje j nak buat post tambahan ni.
Esok aku da nak balik umah, risau pula nak tinggalkan roomate aku ni sorang2,..hmmm
Minta-minta la neighbour2 ni rajin jenguk roomate aku ni..

Tak sabar kot nak balik umah. Roomate bukan main jeles ngan aku. Biasalah, orang seberang. Mahal kot tiket 'belon'. hehe. Tak sabar giler nak makang nasi dagang. Lama pulop dok cakak ganung neh. Hahaha. Cakak keyell je sokmo. ^^

So, to my beloved roomate, take a good care, okay??
Nanti aku suruh Hafiz Hamidun call ko, supaya tak bosan.hahaha

Makan jangan lupa, selalu doakan saya ye. Nak berjaya macam awak juger.hehe..
Tiba-tiba timbul rasa secuit nak mintak maaf sebab banyak buli ko.
Biar la bilik bersepah, asalkan jangan bersepah sangat..haha, GGRRR!!

And my advice, be a strong girl. Jangan jadi playgirl, big baby girl, bad girl dan sewaktu dengannya la.haha
Jangan jadi lembut sangat taw, nanti ada orang ambik kesempatan. Kalau aku,takpe.heheh.
Just joke!!

Before nak tidur ni, nak dedicatedkan vedio kegemaran aku ni kat ko. Ko taw kan aku suke gile dengan video ni, n it will make me happy every time i watch it. So, if u miss me just enjoy this vedio. Ok,darl!!
Padahal vedio ni takde kaitan pun. HOHOHO