Friday, May 30, 2014

STUDY WEEK

Sekarang bermulalah study week. Masa ni la aku nak pulun semua subjek. Tu la.. masa senang dulu taknak belajar betul-betul.huhuh. Minta-minta aku dapat cover smue subjek. Amin!!

Study week juz seminggu je. Nama pun study WEEK, bukannya WEEKS. hehe. Masa ni memang tiada langsung kuliah melainkan ada lecterur nak buat kelas tambahan.

Sekarang ni fokus aku nak dapat DEKAN. Jelous kot tengok kawan- kawan aku semua dapat dekan. Takkan aku nak tengok je kan. Mestilah aku pun nak jadi dekan juga.

 Tapi kalau setakat dapat dekan tapi tak tahu nak bercakap pun tak boelh jugak kan. Sekarang ni semua orang pilih student yang petah bercakap.Kalau setakat degree and master tu, berlambak dah kat luar tu. Aku takut sangat kalau aku mengganggur..huhh

Aku pun nak jugak belanja family aku makan luar. Nak rasa juga makan gaji kan. Tapi aku ni jenis tak suka kalau ada orang suruh buat kerja ni. Maybe aku sesuai jadi bos kot..hahah

Aku memang suka buat bisnes tapi takde orang nak join aku.. Tu yang sedih nya. Takpelah. Doa banyak-banyak. Lambat laun ada nya rezeki aku kan.hehe k, Bai

HECTIC WEEK!!

ARGGGHHHH!!!!

Cuba korang bayangkan akan ada 2 program besar berlaku dalam minggu yang sama. Boleh jadi gila kan.
Ni la yang jadi kat aku. Pada minggu lepas, ada MAGIZ dan MPM!! Dinner untuk kolej dan dinner untuk fakulti. Untuk MAGIZ aku jadi unit dekorasi, Untuk MPM aku jadi ketua unit pendaftaran. Dahla dua-dua tu merupakan peranan yang sangat penting!!

Takpe la.. Aku berfikir secara positif. Aku dapat pengalaman dan kemahiran yang berbezakan. hehe.
Tapi memang sangat letih minggu tu. Sampai aku terpaksa skip kelas sebab terlewat bangun and tak larat nak bangun. Tengoklah betapa letihnya.
 Tapi nasib baik aku ada rakan-rakan aku yang sanggup memberi komitmen 200% terhadap program tu. Sayang korang ketat2!!!




Malam Penghargaan Mahasiswa.(MPM)

Selepas MAGIZ, aku join MPM pulak. Nampak tak kesibukan aku di situ. Kalu tak disebabkan HP, memang taklah aku nak membuzykan diri aku sudah sedia buzy ni kan..huhuu

Dinner ni untuk student tahun akhir jer. Aku adalah ketua unit pedaftaran. ku jadi awkward taw bila ada senior yang jadi orang bawah aku. huhuh. Yelah, takkan nak suruh diorang buat maccam - macam kan tiba-tiba keluar statement tak hormat senior pulaka. Bla bla la. Tapi ALHAMDULLILAH, senior yang bawah aku memang baik giler. Aku boleh dikatakan tak dapat bagi komitmen yang sepenuhnya sebab pada bulan yang sama jugak ada MAGIZ tu kan. Dahlah aku ni dekorasi kot..hehe

Sepanjang aku jaga kaunter pendaftaran depan lif tu, sepanjang 2 minggu aku jaga, dapat kira kot pelajar yang daftar kat situ. Adoy. Buang masa taw..hehe

Tapi nasib baik lah kan ada. Kalau takde, nati ada pulak yang kata unit pendaftaran tak buat kerja. Puk kepala tu kan. Bagi diorang rasa , ingat kitaorang ni tak buat kerja.

Ada satu hari tu, aku hangin betul. Ada ke sorang senior ni, tahun akhir la. Dia tanya aku. Kenapa tahun ni kena bayar RM20? Aku pun jawab la dengan jujurnya, saya hanya menurut perintah. Dia boleh pulak membebel kat aku. Adoy. Kitaorang buatkan dinner ni pun , mujur taw. Nama pun Majlis Penghargaan Mahasiswa. Taknak rasa dihargai ker??? Sori teremosi pulak.hoho

Masa malam kejadian tu, bes sangat. Bangi Golf Resort tu sangat cantik. Aku nak buat majlis perkahwinan aku kat situ la..haha. Cantik kot kalau ambil gambar perkahwinan kat situ. Amboi berangan. hehe

Aku nak tunjuk sikit gambar-gamabar sekitar malam tu (padahal gamabr aku j yang banyak) hahaha








Kan ..Banyak kan gamba aku..hehe. Tu je yang aku nak tunjuk. K, bai.. ^^,

Monday, May 26, 2014

Miracles in Cell No.7


Ada siapa-siapa yang pernah layan cerita ni? Sangat best. Sampai bercucuran air mata. Memang sedih gila. Sampaikan budak lelaki pun boleh nangis tau tengok cerita ni. Tak percaya sudah..huhuh.

Cerita ni mengisahkan seorang ayah yang kurang upaya yang terlalu sayangkan anak perempuannya. Tak silap, anaknya dalam lingkungan umur 7 tahun kot. Sangat comel.


Perhubungan sangat bahagia dan comel. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, tapi mereka sangat bahagia.

Cerita sedih bermula bila si ayah ingin membeli beg Sailor Moon untuk anak kesayangan dia. Mereka selalu berkunjung ke sebuah kedai ini untuk melihat beg itu. Pada suatu hari, beg yang terakhir sudah di beli oleh orang lain. Si ayah mengatakan bahawa beg tersebut adalah kepunyaan anaknya. Namun, si ayah ditampar oleh pembeli tersebut.

Sunday, May 25, 2014

GILA SELFIE

SELFIEEEE!!

Memang menjadi trend sekarang kan. Siapalah yang tak suka bergambar. Aku memang sangat suka bergambar. Nak jadikan memorikan. Kalau just setakat ingat dalam kepala, memang tak lah nak ingat semua kan. hehe.

Aku memang suka update instagram. Teramat suka. Tapi kenapa ada orang yang tak suka bergambar ek? tak faham aku.huhhu. Aku nak tunjuk sikit gambar selfie aku,hehe..boleh? hoho. Tak kira nak tunjuk jugak :p









Ni tak sampai suku pun.haha.

Ada satu hari tu, geng-geng aku sangat gila berselfie. Tak pernah aku rasa penat bergambar sampailah hari tu.haha, Sangat kelakar. Nak tunggu lecturer masuk,kitaorang pun apa lagi,








Gila kan kitaorang. Takpe. Gila-gila pu n, aku sayang korang ketat2. Tikah yang tak suka bergambar pun boleh amik gambar banyak-banyak hari itu. Nampak tak penangan selfie. So, korang? Bila lagi nak menggilakan. Kalu gila dengan kawan-kawan boleh. Jangan la gila sorang-sorang.haha. K, Bai

MAGIZZ II

Sambungan..


Pada malam kejadian, ramai sangat yang datang. Rasa bahagia sangat sebab ramai yang bergambar dekat photobooth kitaorang. hehe, Kitaorang pun bergambar sekali. Kami sediakan 4 photobooth.




Cantikkan? hehe.Ini semua dari titik peluh dekoras. Semua perempuan, memang tiada langsung lelaki yang tolong kitarang dalam siapkan photobooth. Nampak tak kat situ? Tak la, budak-budak lelaki semua nya jadi programmer. Hohoho.

Malam tu banyak sangat persembahan. Memang havoc. Masa pembukaan , ada tarian yang bertenaga. Lepas tu ada tarian india. Yang ni paling bes. Sampai aku pun nak menari. And the best part korean dance. Yang ni dari pelajar cina. Krew-krew dekorasi semua menari kat belakang.hhaha






 Lepas tu ada pulak persembahan daripada the one and only Hope Project. Duo ni memang terbaik.
Banyak sangat diorang menyanyi sampai aku pun tak ingat. Dan akhir sekali kitaorang pun ada drama. Tahu tak siapa yang jadi watak utama???? YAP..hehe, memang terbaik dia punya lakonan.

 Memang the night to remember. Thans to crew-crew yang lain yang banyak tolong untuk menjayakan MAGIZ ke 14. Postmortem pun nasib baik tak lama sangat tapi banyak drama yang berlaku.hoho,.Dimklumkan bahawa kami dah berjaya melepasi MAGIZ tahun lepas. YAAYYYYY!!!.



MAGIZ!!


Semua orang tahu apa itu MAGIZ kan? heheh. Magiz tu adalah Dinner Kolej Pendeta Za'ba.Aku merupakan krew MAGIZ. Aku adalah unit dekorasi tapi aku bukan ketua. Unit dekorasi merupakan unit yang terpenting dalam mencantikkan sesuatu majlis.

Tema untuk MAGIZ kali ini adalah The Magical Of Pureness. Kitaorang nak buat ala-ala Frozen. Tema warna adalah biru dan putih. Nasib baik aku ini adalah krew, tak payah pening cari baju. Krew-krew just pakai baju t -shirt je. Jiran-jiran aku semua pening nak cari dress macammana. Hahaha, aku hanya dapat gelak je diorang susah hati pasal baju. Biasalah perempuan kan, mestilah nak cantik-cantik masa Dinner kan. Kalau lelaki senang je, aku rasalah. hohoho,

Monday, May 5, 2014

LOVE IS DELICIOUS!!!!

 WOW!!
Heheh, betul ke love is delicious? Hmm, aku dapat ilham tajuk ni dari sebuah lagu yang bertajuk Delicious.
Lagu nie mengisahkan 2 orang lelaki yang berebut 1 perempuan. Tapi apa yang aku nak ceritakan tak de kena mengena pun dengan kisah lagu ni.

 Sebenarnya aku nak bagitahu, yang sememangnya LOVE IS DELICIOUS. Best kan kalau kita disayangi. Aku rasa bahagia sangat apabila disayangi dan menyayangi. Tak rugi pun kalau kita beri kasih sayang kita kepada orang lain. Nanti bertambah bahagia.