Friday, May 30, 2014

Malam Penghargaan Mahasiswa.(MPM)

Selepas MAGIZ, aku join MPM pulak. Nampak tak kesibukan aku di situ. Kalu tak disebabkan HP, memang taklah aku nak membuzykan diri aku sudah sedia buzy ni kan..huhuu

Dinner ni untuk student tahun akhir jer. Aku adalah ketua unit pedaftaran. ku jadi awkward taw bila ada senior yang jadi orang bawah aku. huhuh. Yelah, takkan nak suruh diorang buat maccam - macam kan tiba-tiba keluar statement tak hormat senior pulaka. Bla bla la. Tapi ALHAMDULLILAH, senior yang bawah aku memang baik giler. Aku boleh dikatakan tak dapat bagi komitmen yang sepenuhnya sebab pada bulan yang sama jugak ada MAGIZ tu kan. Dahlah aku ni dekorasi kot..hehe

Sepanjang aku jaga kaunter pendaftaran depan lif tu, sepanjang 2 minggu aku jaga, dapat kira kot pelajar yang daftar kat situ. Adoy. Buang masa taw..hehe

Tapi nasib baik lah kan ada. Kalau takde, nati ada pulak yang kata unit pendaftaran tak buat kerja. Puk kepala tu kan. Bagi diorang rasa , ingat kitaorang ni tak buat kerja.

Ada satu hari tu, aku hangin betul. Ada ke sorang senior ni, tahun akhir la. Dia tanya aku. Kenapa tahun ni kena bayar RM20? Aku pun jawab la dengan jujurnya, saya hanya menurut perintah. Dia boleh pulak membebel kat aku. Adoy. Kitaorang buatkan dinner ni pun , mujur taw. Nama pun Majlis Penghargaan Mahasiswa. Taknak rasa dihargai ker??? Sori teremosi pulak.hoho

Masa malam kejadian tu, bes sangat. Bangi Golf Resort tu sangat cantik. Aku nak buat majlis perkahwinan aku kat situ la..haha. Cantik kot kalau ambil gambar perkahwinan kat situ. Amboi berangan. hehe

Aku nak tunjuk sikit gambar-gamabar sekitar malam tu (padahal gamabr aku j yang banyak) hahaha








Kan ..Banyak kan gamba aku..hehe. Tu je yang aku nak tunjuk. K, bai.. ^^,

No comments:

Post a Comment