Tuesday, April 22, 2014

MOVIE AVENGERS!!!


Apa khabar semua.? I hope that u guys have a very nice day.
Hari ini, aku ingin berkongsi satu cerita.
Cerita yang membuat aku jatuh hati dengan diaorang.


THE AVENGERS!!!!
Aku memang fanatik dengan cerita-cerita superhero macam ni. Aku begitu kagum dengan yang buat cerita macam ni. Memang DAEBAK!!!. Aku tak de word yang sesuai untuk luahkan betapa aku memang suka giler dengan cerita The Avengers ni.

Mesti korang dah tengok cerita ni kan. Meh nak tunjuk dia punya trailer sikit.hohoh

 Bes sangat- sangat kan. Aku dah khatam 4 kali kot tengok cerita ni. Tak pernah bosan. Yelaa. Perkara yang kita suka, mana pernah bosan kan.hehe.

Meh sini cheq nak habaq mai kat kome watak-watak yang ada dalam cerita ni.

Monday, April 21, 2014

MUSIC


SONG OF MY LIFE!!

Aku memang pencinta muzik.
Best sangat kalau dapat dengar muzik.

Tapi depends pada jenis macammana muzik tu.
Kalau aku stress, aku akan dengar lagu yang berancak laju, macam rap, hip hop dan sewaktu dengannya la..
heheh
 Dan aku akan dengar kuat-kuat dengan guna headphone Beat aku tu..
Memang release tension.

Kalau aku nak exercise, aku akan dengar lagu korea sebab lagu diorang bets sangat. Aku memang minat giler dengan lagu menari.
Aku exercise bukan dengan joging ke, pergi gim k. Maleh den!!
hahah
Aku just akan guna lagu korea tu and start to dance!!
Boleh dikataan semua lagu korea aku pandai menari.hohoh.
Aku ni memang copycat. Senag je nak mengikut kalau benda-benda macam tu.
Tapi sekarang ak da, sebab dah ketinggalan jauh. Yela, duduk dalam bilik je, mana ada tv kan.
Tak tahu la apa lagu yang latest ni.

Banyak kot benefit kalau dengar muzik ni,

MY EVERYTHING

CINTA PADA TUHAN

Tuhan,
Saat aku menyukai seseorg teman
Ingatlah aku bahawa akan add sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah berakhir

Tuhan,
Ketika aku merindui seorang kekasih
Rindula aku kpd yg rindu cinta sejati-Mu
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi

Tuhan,
Jika aku hendak mencintai seseorg
Temukan aku dgn yang mencintai-Mu

Tuhan,
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku pd-Mu

Tuhan,
Ketika aku ucap aku cinta padaMu
Biarlah ku katakan kpd yg hatinya tertaut pd-Mu
Agar aku tak jatuh dlm cinta yg bukan krn-Mu

Sebgmna org bijak berucap
Mencintai seseorg bukanlah apa-apa
Dicintai seseorg adalah sesuatu
Dicintai oleh org yg kau cintai sgtlah bererti
Tapi dicintai oleh Sang Pencipta adaah segalanya

Wednesday, April 2, 2014

SJE JER,,


Aku sje j nak buat post tambahan ni.
Esok aku da nak balik umah, risau pula nak tinggalkan roomate aku ni sorang2,..hmmm
Minta-minta la neighbour2 ni rajin jenguk roomate aku ni..

Tak sabar kot nak balik umah. Roomate bukan main jeles ngan aku. Biasalah, orang seberang. Mahal kot tiket 'belon'. hehe. Tak sabar giler nak makang nasi dagang. Lama pulop dok cakak ganung neh. Hahaha. Cakak keyell je sokmo. ^^

So, to my beloved roomate, take a good care, okay??
Nanti aku suruh Hafiz Hamidun call ko, supaya tak bosan.hahaha

Makan jangan lupa, selalu doakan saya ye. Nak berjaya macam awak juger.hehe..
Tiba-tiba timbul rasa secuit nak mintak maaf sebab banyak buli ko.
Biar la bilik bersepah, asalkan jangan bersepah sangat..haha, GGRRR!!

And my advice, be a strong girl. Jangan jadi playgirl, big baby girl, bad girl dan sewaktu dengannya la.haha
Jangan jadi lembut sangat taw, nanti ada orang ambik kesempatan. Kalau aku,takpe.heheh.
Just joke!!

Before nak tidur ni, nak dedicatedkan vedio kegemaran aku ni kat ko. Ko taw kan aku suke gile dengan video ni, n it will make me happy every time i watch it. So, if u miss me just enjoy this vedio. Ok,darl!!
Padahal vedio ni takde kaitan pun. HOHOHO


Tuesday, April 1, 2014

RAPUH....

Bila aku kena buat tugasan blog yang bertajuk 'Rapuh', aku terus teringat kepada lagu Opick. Tapi aku da lupa macammana nak nyanyi kan.

Opick : Rapuh

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku


Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta


Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Bagi aku la kan, apa yang aku faham dari lirik ni adalah masa.
Setiap masa mungkin kita habiskan secara berfaedah atau mungkin lalai. Selalu ada yang indah dan ada juga yang kurang menyenangkan.Walaupun lalai, kita sepatutnya kembali kepada yang satu iaitu ALLAH S.W.T dan berharap supaya ALLAH selalu akan memaafkan kita walaupun selalu melakukan perkara yang dilarang-Nya. In sya ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Best kan lirik ni, sungguh menginsafkan.

Untuk bercerita tentang rapuh ini juga, aku ingin berkongsi dengan korang semua berkenaan mh370. Betapa rapuh dan hancurnya hati aku bila mengenang kembali apabila perdana menteri mengumumkan bahawa mh370 berakhir di Lautan Hindi. Luluh hati aku dan secara spontannya air mata aku jatuh. Betapa ikhlasnya aku menangis. Aku berasa sangat sedih. Aku cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan ahli keluarga yang terlibat, hati mereka mungkin bukan rapuh sahaja, namun sudah hancur berkecai. Aku yang tiada kaitan dengan peristiwa ini, namun aku sangat terkesan dengan apa yang berlaku, apatah lagi dengan yang terlibat.

 In Sya ALLAH, mugkin ALLAH bagi kita ujian sebegini supaya kita dapat bersatu dalam memohon bantuan-NYA. Mungkin juga kita terleka dengan kehidupan di dunia yang sementara ini, oleh itu ALLAH memberi kita pengajaran. WALLAHUALAM.

Walau macammanapun, kita perlu berdoa secara berterusan supaya ALLAH meringankan beban, sesungguhnya ALLAH takkan membebani hambanya dengan beban yang tak mungkin dapat ditanggung oleh hambanya. Sesungguhnya hati yang rapuh dapat dirawat.

Dan jangan lupa 


Ok, assalamualaikum.. ^^



JATUH??




Apakah korang akan fikirkan bila cakap pasal jatuh?
Jatuh hatikah? Jatuh gedebuk kah? Jatuh miskin kah? hehe,, Semua orang maybe ada perception sendiri terhadap perkataan JATUH kan?

Aku nak cakap pasal jatuh hati atau jatuh cinta. Bukan aku yg bercinta eh, sebab kebetulan hari tu aku layan drama korea. Wajib ah kan setiap drama tu ada love story, baru syioook..haha
Drama yang paling latest aku tengok drama 'The Inheritors'. Best habaq kat hang. Hero dia hensem giler and of coz la kan heroin pun cantik.


Hensem kan, hahaha.. mesti korang pun nk tgok lepas ni. Lepas aku tengok cerita ni kn, aku pulak yang jatuh cinta, bukan dengan hero dia j, dengan pelakon pembantu pun..haha, Jatuh cinta dengan cerita tu pun, ^^