Ada siapa-siapa yang pernah layan cerita ni? Sangat best. Sampai bercucuran air mata. Memang sedih gila. Sampaikan budak lelaki pun boleh nangis tau tengok cerita ni. Tak percaya sudah..huhuh.
Cerita ni mengisahkan seorang ayah yang kurang upaya yang terlalu sayangkan anak perempuannya. Tak silap, anaknya dalam lingkungan umur 7 tahun kot. Sangat comel.
Cerita sedih bermula bila si ayah ingin membeli beg Sailor Moon untuk anak kesayangan dia. Mereka selalu berkunjung ke sebuah kedai ini untuk melihat beg itu. Pada suatu hari, beg yang terakhir sudah di beli oleh orang lain. Si ayah mengatakan bahawa beg tersebut adalah kepunyaan anaknya. Namun, si ayah ditampar oleh pembeli tersebut.
Keesokannya, si ayah mendapat gaji. Budak perempuan yang membeli beg Sailor Moon yang terakhir itu, bertanya kepada si ayah itu, bahawa sudahkan membei beg tersebut. Budak tersebut berkata bahawa beg tersebut ada dijual di kedai lain. Si ayah mengikut budak tersebut ke kedai yang dikatakan. Sedang dalam perjalanan, seorang wanita terserempk dengan mereka. Ketika itu si ayah sedang membuat CPR kepada budak perempuan tersebut. Tetapi wanita itu salah faham. Rupa-rupanya budak perempuan itu terhempak batu lalu mati di situ. Si ayah hendak melakukan bantun kecemasan, namun disalahfaham oleh wanita tersebut.
Anak kepada si ayah menunggu si ayah untuk pulang. Pada ketika itu, si ayah sudah ditahan di penjara. Budak perempuan yang mati itu merupakan anak kepada ketua polis. Si ayah di layan dengan teruk sekali. Tanpa soal siasat yang betul, si ayah dituduh merogol dan membunuh budak perempuan tersebut. Sia ayah sangat risau dengan keadaan anaknya yang keseorangan. Sangat menyedihkan. Si ayah merupakan seorang yang sangat baik dan naif.
Si ayah ditempatkan di sel nombor 7. Banduan-banduan yang berada di situ turut memukul si ayah selepas membaca rekod jenayah si ayah. Pada suatu hari, si ayah menyelamatkan nyawa ketua sel nombor 7 ketika ada orang ingin membunuh ketua tersebut. Untuk membalas jasa baik si ayah, ketua tersebut seludup anak perempuan si ayah ke dalam sel mereka ketika persembahan dari anak-anak yatim di penjara tersebut.
Warden yang menjaga mereka turut bersimpati dengan si ayah kerana warden tersebut tdak mempercayai bahawa si ayah melakukan jenayah tersebut. Warden tersebut membenarkan anak perempuan si ayah tinggal bersama si ayah.
Apabila tiba hari untuk kes tersebut dibicarakan, ayah kepada budak peremuan yang mati itu datang berjumpa dengan si ayah. Dia mengugut si ayah supaya mengaku bahawa dia melakukan jenayah tersebut. Jika si ayah tidak mengaku, ayah kepada budak perempuan tiu akan melakukan hal yang sama kepada anak si ayah.
Demi kasih sayang seorang ayah kepada anaknya, si ayah sanggup mengaku walhal bukan dia yang melakukannya. Anaknya dan warden tersebut tidak percaya kenapa si ayah sanggup mengaku. Oleh itu, hukuman gantung sampai mati telah dikenakan kepda si ayah.
Pada hari hukuman, sama dengan hari jadi anak perempuannya. Si ayah menghadiahkan anaknya beg Sailor Moon. Suasana pada masa itu sangat sedih. Ketika anak dan si ayah berpisah, si ayah hanya menahan untuk menangis. Dia tidak mahu anaknya tahu bahawa hari itu adalah hari terakhir untuk dia bertemu dengan anaknya.
Ketika si ayah meninggalkan anaknya, si ayah tidak sanggup untuk berpisah dengan anaknya, Dia berlari memeluk anaknya dan berkata 'I'm wrong. Please forgive me'. Si anak bertanya, kenapa ni? Suasana pada ketika itu SANGAT SANGAT SANGAT!!!!! sedih. Suasana di mana seorang ayah tidak sanggup meninggalkan anak kecilnya.
Selepas beberapa tahun kemudia, anak peremupuan tersebut telah menjadi peguam. Si anak tekad membela nasib si ayah yang tidak bersalah walaupun pada ketika itu ayahnya sudah tiada lagi. Semua banduan dan warden yang bersama si ayah dulu dikumpulkan untk menjadi saksi. Disebabkan keterangan yang meyakinkan, keputusannya adalah si ayah tidak bersalah.
Rasa macam kejam sangat sampai paksa orang untuk mengaku apa yang bukan diaorang buat. Peguam bela pun hanya berdiam diri ketika perbicaraan.Sangat sedih. T.T ..............


No comments:
Post a Comment