Tema untuk MAGIZ kali ini adalah The Magical Of Pureness. Kitaorang nak buat ala-ala Frozen. Tema warna adalah biru dan putih. Nasib baik aku ini adalah krew, tak payah pening cari baju. Krew-krew just pakai baju t -shirt je. Jiran-jiran aku semua pening nak cari dress macammana. Hahaha, aku hanya dapat gelak je diorang susah hati pasal baju. Biasalah perempuan kan, mestilah nak cantik-cantik masa Dinner kan. Kalau lelaki senang je, aku rasalah. hohoho,
Krew-krew dekorasi semua bagi komitmen yang terbaik ah. The best team ever. Aku memang suka sangat buat benda macam ni. Aku suka sangat buat orang happy, and automatik aku pun akan jadi happy jugak. ^^,. Ketua aku, Aina memang yang paling bekerja keras dalam menjayakan MAGIZ ni. Aku rasakan dia yang buat semua benda. Aku hanya membantu. Maaf Aina.huhuh
Aku mulanya ditugaskan untuk membuat pintu gerbang ala-ala istana. Tapi Aina dapat mendapatkan khidmat mak andam yang memang sporting gila baq hang. Kitaorang dapat 2 pintu gerbang, hiaskan pentas DECTAR yang besar gila tu dan laluan VIP itu hanya dengan harga RM1300 JEEEEE!!! Sebab mak andam tu memang baik dengan family Aina. That's why la.. Kalau lah tak dapat mak andam, memang habislah kitaorang. Gila nak hiaskan DECTAR tu dengan hanya 9 kudrat seorang wanita. Cewah..
Pada hari kejadian iaitu 21/5/2014 (rabu) kitaorang tak boleh langsung nak balik kolej. Semua krew wajib berada di DECTAR sampai malam kejadian. So, kitaorang tidak dibenarkan masuk kuliah langsung. Nasib baik aku hanya 2 kuliah je. 2 kuliah je pun, ianya amat berharga. heheh. Semua krew bekerja keras untuk menyiapkan kerja sebelum malam. Semua unit saling bantu membantu. Baguskan pelajar-pelajar Zaba ni.hohohoo.
Bersambung...


No comments:
Post a Comment