Hari ni saya nak bercerita sedikit pasal 'LET IT GO' @ 'REDHA'.
Mungkin ada di antara kita ni ditimpa musibah seperti kehilangan sesuatu yang berharga kan. Same like me. Tapi aku tak nak bercerita apa yang aku hilang. Sedih kot. Let by gone be gone la.
Setiap kali aku ditimpa musibah, aku akan sedaya upaya husnodzon. Kita mestilah sentiasa berfikiran positif, sebab mesti masa kita hilang barang tu kita memang dah sedih gila kan. So, untuk tak memburukkan keadaan lagi, kita mesti positif supaya kita masih lagi berfikiran waras..huhuh
Kita mesti selalu dengar kan yang, apa yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya kan. Maybe suatu hari ni aku akan dapat barang jauh lebih baik daripada apa yang aku hilang tu. Just cepat atau lambat je. Mungkin kalau bukan kat dunia, maybe kat akhirat nanti ALLAH akan tolong aku.
Mungkin juga selama ni aku selalu lupakan ALLAH, dan dengan cara ini aku dapat dekatkan diri aku kepada-NYA. ALLAH kan sayang akan hamba-hambanya. DIA takkan tinggalkan hambanya. Manusiakan, masa senang lupa kat ALLAH, and masa susah baru ingat kat DIA.
Seriusly aku bagitahu, yang aku memang dah redha gila-gila and sememangnya dada aku lapang sangat-sangat. Mungkin sometimes akan ambil masa sedikit untuk recover balik.Tapi aku berasa bahawa hamba ALLAH tersebut berhati kejam sebab bertopengkan pakaian yang sangat mulia bagi aku untuk melakukan perkara keji tu. Aku berharap supaya hamba ALLAH itu mendapat hidayah.
Tu je yang aku nak bagitahu. Apa yang berlaku semoga menjadi pengajaran kat aku and kita semua.. k, bai.


No comments:
Post a Comment