KEHILANGAN!!
Minggu in aku ditugaskan untuk mengepost pasal kehilangan. hmmmm.... ap ye yg aq rasa hlang yg amat?..
Setelah lama memikirkan, akhirnya aku mendapat satu idea.
MAMAT, SI CERIA
Aku ingin bercerita pasal kucing kesayanganku yang hilang takkan kembali.. Patah hati ku bila mengenangkan kisah silam ini.. huhuhu, amboi. Berdrama pulak aku ni.
Al kisahnya bermula. . . . . . . .
Comel kan kucing aku ni.. Yang ni merupakan kucing yang ke dua, yang pertama gambarnya tiada kerana dulu telefon tak canggih lagi. Gun fon pun 3310 je. Mana ada kamera kan. Kisah kucing aku yang pertama dan kedua lebih kurang sama. So, aku rangkumkan sekali j la.
Orang menjumpai kucing yang comel ni, of coz la aku kan.. Aku ni memang pencinta kucing. Kalau dengar ckit j bunyi kucing mengiau, mula la nak cari. hehe.. Kebetulan, pada hari tu, aku n kawan aku sedang bermain. Terdengar pula kucing mengiau, aku n kawan aku terus cari punca bunyi tu. Akhirnya jumpa. Masa tu badan dia kurus sangat dan kecil j. Aku dapat rassakan yang dia sangat lapar. ku berlari msuk ke dalam rumah, dan mencari makanan untuk diberikan kepada kucing tu. Kucing tu makan dengan sangat gelojoh. Aku dan kawan aku begitu sedih melihat situasi tersebut. Selepas kucing itu siap makan, aku dan kawan aku tinggalkan dia tetapi dia mengekoriku. Orang tua-tua cakap, kalau beri kucing makan, dia akan ikut kita. Masa itu aku tidak tahu. Aku terpaksa menghalau kucing itu kerana ibuku tidak berapa gemar dengan kucing.
Keesokannya, kucing tersebut tidur di tangga rumahku. Comel sangat. Aku menyuarakan hasratku untuk membelanya kepada ayahku. Ayahku tidak membantah malah menyokong aku. Ayah memberitahuku bahawa berbuat baik kepada binatang akan mendapat pahala. Aku menyediakan kotak kepadanya sebagai tempat tinggal. Namun aku terpaksa meninggalkan dia di luar kerana takut dimarahi oleh ibu. Setiap kali aku balik dari sekolah, kucing itu akan ada ti tangga seolah-olah sedang menunggu aku.
Satu hari, ayah memanggilnya 'Mamat', kerana kucing itu adalah jantan. Boleh pulak kucing itu menyahut bila ayah aku panggil. Betapa senangnya mahu melatih dia. hehehe. Aku terlalu sayangkan Mamat. Mamat mempunyai ekor yang sangat unik.
Unikkan..hehe, Mamat selalu marah pabila aku n kakak ku tarik ekornya.hahah. Kucing aku yang pertama juga namanya Mamat. ni semua ayahku yang bagi nama. Senang baginya. Apabila jantan paggil saja Mamat, betina pulak, Minah sudah..haha. Kejadian yang paling melucukan adalah pada masa itu adalah hari puasa. Waktu berbuka semakin hampir. Mamat bermain di hujung jalan. Ayah menjerit memanggil, "Mamat!! Balik. Malam da ni, buke pulop". Mamat berpaling dan terus berlari naik ke rumah. hahahaha.. Sangat melucukan yang sampai hari ini aku takkan lupakan. Mamat la tempat aku bermain, meghilangkan bosan, meluahkan perasaan dan macam-macam lagilah. Mamat boleh diibaratkan sebagai adik beradik kepada keluarga kami.
Namun, setelah beberapa tahun berada dengan kami, usianya semakin tua. Ini menjejaskan kesihatannya. Aku sering kali perasan yang Mamat selalu batuk dan bersin ( gaya kucing la). Pada suatu hari, aku sedang bercakap dengannya, namun tiada respon. Kebiasaannya, Mamat akan mengiau setiap kali aku bercakap dengannya seolah memahami apa yang sedang aku cakapkan. Pada hari itu, Mamat kelihatan sangat letih dan tidak bermaya. Mamat hanya berbaring di luar. Makanan pun tidak terusik. Aku sangat risau dengannya. Di kawasanku tiada klinik haiwan.
Semakin hari keadaan Mamat semakin teruk. Ayah juga tidak dapat membantu. huhuhuh..
Keesokkannya, bila aku pulang ke rumah. Mamat sudah mati. Aku berasa sangat sedih kerana aku kehilangan 'kawan' yang selalu mendengar masalahku, 'adik' yang selalu bergaduh denganku. Pada hari tu, ak dapat rasa sangat suram. Tiada lagi bunyi bising ibu memarahi Mamat, Tiada lagi bunyi mengiau meminta makanan. Semuanya hilang dan takkan kembali...!!
MINAH SI TEMBAM!!
Gambar tu masa mula-mula aku jumpa dengan kucing ni.Comel sangat.!!!. Sama jugak macam Mamat, aku jumpa dia sedang mengiau. Sedih sangat. Dahla badan kurus kering, kecik betul. Aku pun bagila makanan sedikit. Macam biasala, mesti selepas habis tu, dia ikut aku. Kebetulan, Mamat tiada pengganti. Tapi sebelum tu, aku akan meminta keizinan ayah terlebih dahulu unuk membelanya. Ayah aku memberi nama kampung iaitu 'Minah'. Of coz la sebab kucing tu betina.hahaha. Ekor dia pun unik sebab ekor di mencancang ke atas. Lawak pula. hahahaha
Minah ni buas sangat. Selalu berlari. Memang hyperactive la. Tapi sangat menyeronokkan. Jika dibandingkan dengan kucing peliharaan aku sebelum ni, Minah yang paling kuat makan. Selalu lapar. Minah, Minah. ish ish ish (mengeluh). Minah pun kuat tidur. Dia selalu akan tidur dengan aku. Tapi Minah pandai, masa aku masuk tidur, dia akan tunggu di luar. Masa aku bangun, memang confirm-confirm dia akan ada sekali..hahah. Comel betul dia tidur.
Minah ni mengada betul. Dia selalu akan tidur dengan aku..hahaha. Kalau tidak dengan aku, dengan ayah aku, atau dengan kakak aku..hmm.. Comel sangat..hahaha..
Minah ni selalu berangan. Banyak masalah kot..haha, Dia suka sangat berangan lebih-lebih lagi masa puasa. Lapar kot, maybe. Pandai pulak dia, masa kiteorang puasa, dia pun puasa jugak, mengada betul.. Pastu mula la nak berangan, ish ish ish,.. Apa la nak jadi dengan anak dara sorang ni..
Masa hari raya pula, aku dan kakak aku belikan baju baby untuk Minah. Yela, rayakan. Mesti nak cantikkan.haha.. Lepas dia pakai baju tu, terus dia jadi baik je, tak hyperactive macam selalu.. hahaha
Comel kan? haha, kecian juga kat dia sebab jadi senyap je..haha.. Tapi tak sampai tengahhari pun, dia tanggalkan sendiri baju tu. Minah, Minah!!
Aku masih ingat, masa tu dalam 2 minggu lagi aku akan mendaftar masuk ke UKM, Minah jadi pelik je. Maybe sebab dia tahu, aku akan tinggalkan dia. Dia tak lalu makan, dia tak berpaling pun bila aku panggil dia. Aku tak tahu nak buat macam mana.
Tiba la hari yang aku terpaksa tinggalkan dia, rasa sedih sangat. Dia pun macam sedih je.Dalam beberapa hari, aku dapat panggilan daripada kakak yang mengatakan yang Minah dah mati. Aku menangis, kau. Aku sedih sangat. Padahal dalam beberapa hari lagi aku akan balik ke kampung dengan harapan dapat bermain dengan Minah. Namun, sekarang tinggal kenangan. Tiada siapa yag dapat gantikan Mamat dan Minah.
Setakat itu sahaja coretan kali ini. Nasihat saya, jagalah kesayangan anda dengan baik. h uhuhuhuh. ASSALAMUALAIKUM. bye, sayonara!!!
.jpg)






No comments:
Post a Comment